Wednesday, October 28, 2009

cinta dua jiwa

BeRpiSah itU inDaH,
jikA kiTa BisA BicAra BahaSa RinDu..

Tuesday, October 20, 2009

Tuesday, October 13, 2009

KU TAKKAN BERSUARA

UNTUK MU

BIARLAH BULAN BICARA

TERIMA KASIH SAYANG....

Monday, October 12, 2009

aku tak kan bersuara...

tak mungkin kan terjadi
kehancuran cinta kita
andainya hatimu seperti hatiku...

jgn tensiOn2...snyumlah sllu...

SAPE HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

MAYAT

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

ermmmm

dah kalu awk yg sy syg..
selamanya ttp awk je yg sy syg..
percayalah...
awk je yg x tau nk nilaikannye...
smpai saat ni pOng awk ttp x tau yg sy
syg n cinta kn awk...

Sunday, October 11, 2009

bibir Oh bibir

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri.Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang tipisTipis
bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat.Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak- anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen- control!
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri .

penin..penin....

hidup ni kalau withOut lOve
susah la kan????
tp awk jgn la nk cOntrOl sy mcm nk pengsan...
dgn sapa pOng sy kwn...sy x serius..
sy cuma syg awk sorg je...
mati hidup balik pOng..
awk je pilihan sy..
ilOveu v.m dear

tak mungkin kerana sayang..

setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
bermula disaat itu
tidak senada irama dan lagu..
begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti..
kau telah jauh, jauh dariku
tiada ruang dihati buatmu
namun harusku akui
ada ketika diminda kau menjelma kembali..
sekali segala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan..
begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti..

Wednesday, October 7, 2009

dari rusuk adam...terciptanya hawa...

Secara biology nyer, sangkar rusuk terbentuk daripada 12 pasang tulang rusuk.
Kesemua tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks.
7 pasang tulang rusuk pertama bersambung kepada sternum melalui rawan.
Pasangan tulang rusuk yang ke 8,9 dan 10 tidak bersambung terus kepada sternum,
tetapi bersambung pada tulang rusuk yang ke 7.
Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan 12 didapati terapung dan tidak bersambung
dengan sternum.

Fungsi utama tulang rusuk :

- Melindungi organ-organ penting dalam toraks seperti paru-paru dan jantung.

- Tempat otot interkosta melekat.

Kesimpulannyer...

Betapa pentingnyer tulang rusuk didalam tubuh manusia, seperti pentingnyer
wanita kepada lelaki dan lelaki kepada wanita. Tugas tulang rusuk melindungi.
Membawa maksud, lelaki harus melindungi fizikal, mental wanita
dari segala bentuk ancaman atau ketidak adilan dan eksploitasi.

Oleh itu, hentikan apa jua bentuk penderaan seperti penderaan suami keatas isteri, boss lelaki kepada surbodinate wanita, colleague and peers atau apa sahaja yang sewaktu dengan nyer.. Mental dan emosi..

Persoalan nyer sekarang, berapa ramai lelaki yang menyedari fungsi mereka sebagai pelindung kepada wanita seperti fungsi tulang rusuk melindungi organ penting didalam tubuh manusia?

Wanita dibentuk dari tulang rusuk lelaki. Kompleks dan komplikated. Kerana tuh..
kenalah banyak-banyak sabar dengan kami, kaum yang lemah nih..
Kalau kami buat silap, tegurlah baik-baik. Bila buat baik, pujilah mana yang patut..
Didiklah kami dengan hemah, sabar dan lemah lembut..
Barulah kami akan jadi seperti yang lelaki mahu.. Kita plak orang kaum wanita nih,
kenalah pandai berterima kasih dengan lelaki.. Belajar menawan hati dan perasaan mereka.
Gunalah akal dan jangan letakkan perasaan dihadapan fikiran..
Paling penting, sayangi mereka seadanya.. Jangan minta terlampau-lampau.

Friday, October 2, 2009

kenanganku...

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas Dari genggaman
kuBiar kulamar Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

@ku c!n7@k@nmu...

Aku cintakan mu dari jiwa dan menular sampai jauh ke dasar hatiku aku cintakan mu dengarkanlah degup jantung dalam dakapanmu teguh asmara di antara kita membuktikannya bukan mekar sementara tahun demi tahun akan mengujiku namun kasih kukuh bertakhta di hati pada ketika terlanjur kata jangan dibiarkan tersemat di hati ku cintakan mu sepenuh jiwaku cintakan mu untuk selamanya hanya padamu aku curahkan tidak tersimpan walau sedikit pun teguh asmara di antara kita membuktikannya bukan mekar sementara....