Secara biology nyer, sangkar rusuk terbentuk daripada 12 pasang tulang rusuk.
Kesemua tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks.
7 pasang tulang rusuk pertama bersambung kepada sternum melalui rawan.
Pasangan tulang rusuk yang ke 8,9 dan 10 tidak bersambung terus kepada sternum,
tetapi bersambung pada tulang rusuk yang ke 7.
Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan 12 didapati terapung dan tidak bersambung
dengan sternum.
Fungsi utama tulang rusuk :
- Melindungi organ-organ penting dalam toraks seperti paru-paru dan jantung.
- Tempat otot interkosta melekat.
Kesimpulannyer...
Betapa pentingnyer tulang rusuk didalam tubuh manusia, seperti pentingnyer
wanita kepada lelaki dan lelaki kepada wanita. Tugas tulang rusuk melindungi.
Membawa maksud, lelaki harus melindungi fizikal, mental wanita
dari segala bentuk ancaman atau ketidak adilan dan eksploitasi.
Oleh itu, hentikan apa jua bentuk penderaan seperti penderaan suami keatas isteri, boss lelaki kepada surbodinate wanita, colleague and peers atau apa sahaja yang sewaktu dengan nyer.. Mental dan emosi..
Persoalan nyer sekarang, berapa ramai lelaki yang menyedari fungsi mereka sebagai pelindung kepada wanita seperti fungsi tulang rusuk melindungi organ penting didalam tubuh manusia?
Wanita dibentuk dari tulang rusuk lelaki. Kompleks dan komplikated. Kerana tuh..
kenalah banyak-banyak sabar dengan kami, kaum yang lemah nih..
Kalau kami buat silap, tegurlah baik-baik. Bila buat baik, pujilah mana yang patut..
Didiklah kami dengan hemah, sabar dan lemah lembut..
Barulah kami akan jadi seperti yang lelaki mahu.. Kita plak orang kaum wanita nih,
kenalah pandai berterima kasih dengan lelaki.. Belajar menawan hati dan perasaan mereka.
Gunalah akal dan jangan letakkan perasaan dihadapan fikiran..
Paling penting, sayangi mereka seadanya.. Jangan minta terlampau-lampau.
Wednesday, October 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment