setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
bermula disaat itu
tidak senada irama dan lagu..
begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti..
kau telah jauh, jauh dariku
tiada ruang dihati buatmu
namun harusku akui
ada ketika diminda kau menjelma kembali..
sekali segala ada
ada rindu yang datang tiba-tiba
tak mungkin kerana sayang
cuma terganggu oleh perasaan..
begitu hidup ini
tiada yang abadi
yang patah tumbuh
yang hilang berganti..

No comments:
Post a Comment